Monday, April 12, 2004
Hari ini tiba-tiba berlaku Jejak Kasih. Seorang kenalan baru yang muncul di YM rupanya seorang 'rakan lama' yang sama-sama dikenali melalui alam siber juga. Itupun secara kebetulan setelah berlaku chatting secara tak langsung di YM. Kami tak pernah bertemu kerana beliau tidak sempat untuk menyertai mana-mana gathering tetapi posting-posting di ruangan forum mengeratkan hubungan persahabatan. Bukan setakat kami berdua, tetapi telah membentuk satu komuniti yang agak berkembang. Mula-mula dua orang, kemudian setiap hari hampir bertambah. Komuniti yang terbentuk itu agak terjejas sedikit apabila laman web itu terpaksa ditutup. Walaupun begitu, ikatan persahabatan itu seperti telah membentuk satu jalinan keluarga yang erat di kalangan kami. Banyak gathering dianjurkan dan semangat setiakawan itu terus kukuh walaupun sejak akhir-akhir ini aku agak jarang menyertai mereka disebabkan kesuntukan masa.
Sejak aku memulakan kerja sebagai pengendali web (webmaster) hampir 6 tahun dulu, dan mengendalikan sebuah laman web keluarga, banyak respon diterima. Sebagai webmaster, aku pastikan laman web tersebut sentiasa dikemaskinikan dan diterima sebaik-baiknya oleh pengguna. Syukurlah. Banyak respon yang baik diterima ketika itu dan pengunjung secara tidak langsung membentuk komuniti sendiri melalui ruangan forum. Mereka yang membentuk sendiri komuniti dan menjadikan laman web tersebut sebagai platfom. Melalui laman web tersebut, aku banyak mengenali individu-individu yang prihatin serta memberi banyak galakan serta semangat untuk terus memantapkan lagi kerjaya serta mencurahkan idea untuk terus menghasilkan yang terbaik.
Walaupun laman web tersebut kini tidak lagi aktif, namun masih ada lagi nostalgia yang selalu mengingatkan kami apabila bertemu. Sesungguhnya internet jika digunakan dengan bijak, banyak manfaat yang akan kita temui dan kadang-kala aku sedari rupanya alam siber yang luas tanpa sempadan ini adalah begitu sempit dunianya!
Terima kasih kepada Wan, Melor, Zar, Zino, Nina, Ucuk, Mack, Lynder, Ubi, Afzam dan lain-lain lagi yang sentiasa menghidupkan semangat serta jalinan keluarga ini!
|

Thursday, April 08, 2004
Ni Bu Zai by Leehom
dang shi jie zhi sheng xia zhe chuang tou deng
ni na bian shi zao chen yi jing chu men
wo ce shen gan dao ni zai zhuan shen
wu shu mo sheng ren zheng zai deng xia yi ge lu deng
yi zai cuo shen bi ci cui ruo de shi fen
ru guo ke wang yi ge wen de yu wen wo
wo guan le deng hei an ba wo pin tun
ni bu zai dang wo zui xu yao ai ni que bu zai wo
wu jin deng dai xiang du bai de nan ai
ni bu zai gao xing hai shi bei ai ni dou bu zai
wo shou le shang zai tou tou hao qi lai dan ni bu zai bu zai
shi jian zai an xia xu duo ci kuai men
chen mo li ting jian zhuan dong de miao zhen
yi ge ren chi fan zhe ge ling chen
gu dan yi ren fen ni di sheng shuo ni you bie ren
wo de hua tong zhi you zi ji de ti wen
zen yang ren zhen ye bu yi ding cheng zhen wo
ni shuo de dui wo bu de bu cheng ren
na xie yao bai wo dou ming bai dou ming bai
dan ni bu zai ai yi bu zai bu zai wo
ni bu zai dang wo zui xu yao ai ni que bu zai wo
yi ge ren fen shi liang jiao de lian ai wo
ni bu zai gao xing hai shi bei ai ni dou bu zai
xiang kong qi ban bu cun zai de cun zai
zai mei you hen ji de ai ni bu zai
dang wo xu yao ni de ai ni bu zai
Muzik itu adalah universal dan setiap orang mendifinisi muzik dan lagu yang bagus serta sedap didengar itu mengikut citarasa telinga masing-masing. Ada antara kita berasakan Ning Baizura itu mempunyai suara yang bagus dan tak kurang pula yang menyampah dengan suara dia. Sangat subjektif. Begitu juga Siti Nurhaliza. Siti dianggap diva oleh peminat-peminatnya dan jarang pula orang mengatakan suara Siti Nurhaliza itu tidak bagus, sebab agaknya suara Siti memang bagus.
Salah seorang penyanyi yang aku minat ialah Leehom, dari Taiwan selain daripada David Tao dan Jay Chou. Aku ada banyak koleksi lagu dia setelah diperkenalkan oleh seoarang kawan Cina sejak 4 tahun lepas. Walaupun tak faham lirik lagu dia (kadang-kadang aku dapatkan khidmat kawan untuk menterjemahkannya), aku rasa lagu dan suara dia bagus selain dia berbakat besar sebagai komposer. Leehom sebenarnya ialah penyanyi, komposer dan juga pernah berlakon beberapa filem. Ada banyak lagunya yang bagus dan Ni Bu Zai adalah lagu terbarunya yang paling popular sekarang. Sebelum ini aku ada membeli koleksi double-CD terbaiknya dan tauke kedai itu nampak seakan macam tak percaya aku nak beli CD tu. Dia macam tak percaya seorang Melayu ingin membeli CD penyanyi Mandarin.
Memang mula-mula nampak agak pelik bila orang nampak aku dengar lagu-lagu Cina, tetapi bagi aku tak ada yang peliknya. Dekat kampung-kampung, ada belambak-lambak makcik-makcik, pakcik-pakcik yang dengar lagu Hindustan, walaupun sebenarnya mereka tidak faham pun. Aku masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak bila radio memutarkan lagu dari filem Hindustan, Bobby ,Sangam dan sebagainya, mereka akan besarkan suara radio itu. Malahan, aku rasa berlambak-lambak antara ereka yang mendapatkan piring hitam dan kaset. Tetapi mereka ini tidak pula orang nampak pelik! Aku juga ada kawan (Melayu) yang suka dengar Tamil. Dan, aku rasa ada belambak antara kita yang mendengar Britney Spears, Eminem, Jenifer Lopez, Ricky Martin tetapi tidak faham apa yang mereka sebut. Sesetengah lagu mungkin kita tahu maksudnya, tetapi ada juga yang tidak difahami dan kita masih juga mendengar lagu-lagu mereka. Begitu juga dengar demam lagu-lagu Korea, Winter Sonata , Autumn in My Heart dan apa ntah kebendanya lagi. Dan juga lagu Ketchup Song, Asereje yang sangat popular tu.
|
Wednesday, April 07, 2004
Sejak 2 hari ni, aku jadi gila mendengar lagu MLTR yang baru. Melodinya agak catchy dan mungkin jugak lirik dia tuh buat aku rasa nak dengar banyak kali. Lepas tengok klip video MLTR di MTV, aku try cari kat internet dan jumpa lagu tuh dekat website Siam. Er, aku tak boleh nak tulis panjang-panjang lagi sebab nak dengar lagu tu dulu. :D
Take Me To Your Heart by Michael Learns To Rock
Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat
So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl
Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true
They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away
Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart
Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend
Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Friday, April 02, 2004
...hargailah selagi ada
oleh Jurnal Alam
...seperkara yang aku belajar
kalau kau temui sesuatu yang berharga
usah bandingkan dengan sesuatu yang engkau tiada
syukurlah apa yang engkau ada
hargailah ia selagi ada
bimbang nanti kalau sudah tiada
berduka menangis pun tiada gunanya...
Aku terpaut dengan bait-bait kata yang diilhamkan oleh Jurnal Alam. Sememangnya sesuatu yang kita ada jarang kita menghargainya dengan baik. Persahabatan umpamanya. Kita mungkin banyak berkawan dan setiap dari mereka mempunyai kepelbagaian peel dan perangai. Kadang-kadang ada peel yang kita tidak berkenan di mata dan di hati. Namun itulah resam berkawan. Setiap manusia ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Terpulang kepada bicara akal kita sendiri untuk menilai erti 'kebaikan' dan 'keburukan' kawan-kawan kita sendiri. Hargai mereka kerana setiap dari mereka ada keistimewaannya sendiri yang tidak kita sedari. Tidak kira dengan siapa kita berkawan, yang penting kita tahu membawa diri!

Thursday, April 01, 2004
Lewat petang semalam aku bermotosikal merentasi hujan dalam deruan kotaraya. Lebat selebatnya. Dan, dalam kehujanan itu, aku teringat zaman remaja sewaktu di kampung. Kejernihan air banjir sewaktu tengkujuh menerjah ke halaman rumah menjadikan musim tengkujuh bak pesta. Bermain rakit, menahan 'taut' memerangkap baung dan toman di sungai berdekatan. Dan, kadang-kala pergi mencari burung sitar di tepi sawah berhampiran.
Hujan itu mengundang sekelumit nostalgia. Nostalgia yang membangkitkan aroma rindu. Aku tak tahu apa yang aku rindu. Kampung atau air hujan yang sudah lama tidak aku rasai.
|
Hujan itu mengundang sekelumit nostalgia. Nostalgia yang membangkitkan aroma rindu. Aku tak tahu apa yang aku rindu. Kampung atau air hujan yang sudah lama tidak aku rasai.
|
Wednesday, March 31, 2004
Selamat datang ke Cakna.
"Rhetoric is the power of discovering in any given case all the available means of persuasion." - Aristotle
Bila aku baca blog-blog yang selalu aku lawati, aku rasa cemburu. Cemburu sebab mereka ini berupaya menyumbangkan idea-idea serta knowledges yang tinggi. Nizam Zakaria, Sultan Muzaffar, Jurnal Alam, Tok Rimau, Jongkang Jongket (sekadar menyebut beberapa blog yang popular dan sering aku lawati) - bagi aku mereka adalah kersani yang mengalir pada akal dan rasa. Mereka ini dapat meluahkan suatu keajaiban dalam alam siber dengan cara yang penuh tersendiri. Dan, keberkesanan retorik mereka inilah yang melahirkan khalayak pembaca dan penulis blog baru berbahasa Melayu yang mencendawani bumi siber.
Aku mungkin tidak sehebat mereka. Aku hanya baru mencipta satu titik dan merangkak-rangkak mencari ruang untuk menyambungkan satu titik itu dengan titik-titik yang telah lama mereka ciptakan pada alam ini.